Psidium guajava (Guava)
Jambu batu atau nama
botaninya Psidium guajava L. adalah salah satu contoh tanaman yang sering kita jumpa di alam
sekitar kita, pekarangan rumah, sekolah atau dipinggir jalan. Tanaman atau
tumbuhan jambu batu ini memiliki rasa yang enak dan memiliki khasiat yang
banyak. Oleh kerana itu mari kita pelajari lebih lanjut tentang taksonomi dan
morfologi tanaman jambu batu.
Klasifikasi
tanaman jambu biji adalah sebagai berikut:
Divisi : Spermatophyta
Sub divisi : Angiospermae
Kelas : Dicotyledonae
Ordo : Myrtales
Familia
: Myrtaceae
Genus : Psidium
Spesies
: Psidium
guajava L.
Jambu
Batu yang mana mempunyai pelbagai nama dan khasiat seperti amalan diet seimbang, dan sebagai ejen antioksida, Jambu batu, jambu biji,masaalah
kolesterol, melambatkan proses penuaan - awet muda, melawan kanser, Mengandungi zat besi,mengelak
sembelit, mengubat cirit-birit, Psidium guajava Linn.
Jambu
batu adalah buah yang paling berkhasiat bagi membekalkan vitamin dan mineral
kepada tubuh manusia.
Ia
juga efektif menurunkan paras kolesterol dalam darah
manusia dan amat bagus sekiranya dimakan setiap hari.Jambu batu tergolong dalam
kumpulan makanan berfungsi yang banyak mendatangkan manfaat kepada kesihatan
manusia.Bagaimanapun, pengambilan buah jambu batu perlu dibuat dalam jumlah
yang mencukupi bagi memastikan khasiatnya berupaya memberi tindak balas kepada
tubuh secara berkesan.Kita digalakkan supaya mengambil jambu batu sebanyak 400
gram sehari iaitu sebiji setengah selama empat minggu utk mendapat kesan yg
baik.Ia perlu dimakan bersama kulit-kulitnya sekali kerana ia mengandungi
khasiat yang tinggi.
No comments:
Post a Comment